◉ HEADLINES

1MDB : Kerajaan komited teguhkan tatakelola institusi agar pengkhianatan tidak berulang – PM

Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam usaha mendapatkan semula aset 1MDB menerusi langkah seperti kerjasama dan proses perundangan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, United Kingdom dan Singapura.

11:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan semata-mata soal menuntut kembali wang yang hilang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, amanah, keyakinan terhadap institusi serta martabat Malaysia di mata rakan-rakan antarabangsa turut tergadai dalam episod hitam negara.

“Justeru, Kerajaan Madani berikhtiar memperteguh tatakelola dan kebertanggungjawaban institusi agar pengkhianatan sebesar ini tidak berulang,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

Pada masa sama, MOF memberitahu, ia mengambil maklum mengenai tuntutan yang difailkan Mahkamah Tinggi Singapura terhadap DBS Bank Ltd oleh empat syarikat yang sedang dalam proses pembubaran bersama pelikuidasi yang dilantik mahkamah.

Ia bagi menuntut ganti rugi kira-kira S$1.298 bilion (RM4.2 bilion) berhubung dana yang didakwa diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Menurut Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB, tuntutan tersebut melibatkan lima akaun DBS yang dibuka pada tahun 2013 oleh empat syarikat berkenaan. 

“Dokumen pembukaan akaun menamakan Tan Kim Loong, atau Eric Tan, sebagai pemilik benefisial tunggal syarikat-syarikat tersebut dan penandatangan bagi kelima-lima akaun berkenaan, yang didakwa telah digunakan untuk menyalurkan lebih AS$1 bilion dana 1MDB dan SRC yang diseleweng antara tahun 2013 hingga 2014,’’ demikian menurut MOF.

Berdasarkan angka terkini, kata MOF, jumlah keseluruhan obligasi 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, merangkumi RM42.5 bilion yang telah dibayar kerajaan serta baki hutang RM8.9 bilion. 

Sebanyak RM31.3 bilion, jelas MOF diterima sebagai hasil pemulihan aset, menjadikan baki kerugian yang bakal ditanggung kerajaan akibat skandal 1MDB mencecah RM20 bilion. 

“Usaha pemulihan tersebut melibatkan kerjasama dan proses perundangan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, United Kingdom dan Singapura. 

“Antara pemulihan terbaharu ialah penyelesaian yang dicapai kerajaan dengan JPMorganChase pada Ogos 2025, yang melibatkan sumbangan RM1.4 bilion ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia,’’ katanya.

MOF memberitahu, dana yang diperoleh semula melalui akaun tersebut digunakan bagi membayar hutang dan memenuhi tanggungan kewangan sedia ada berkaitan 1MDB dan SRC, sekali gus mengurangkan beban ke atas kewangan awam.  – 13 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related