◉ HEADLINES

Rumah peguam Haniff Khatri terbakar

Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama 15 anggota

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kediaman peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla merupakan antara tiga buah rumah yang terbakar di Bandar Country Homes, Rawang, awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 pagi.

Berikutan itu, katanya, seramai 15 pegawai dan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi dan tiba pada jam 3.17 pagi.

“Kebakaran membabitkan bahagian atas tiga rumah teres semi-D dua tingkat dengan kemusnahan masing-masing 80, 20 dan lima peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit. Kebakaran dikawal pada jam 4.08 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.35 pagi,” katanya.

Sementara itu, Haniff dalam hantaran di Facebook berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada anggota Bomba dari Rawang dan Batu Arang dalam membantu memadamkan kebakaran tersebut.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih tidak terhingga kepada kesemua pegawai dan petugas Balai Bomba Rawang dan Batu Arang yang cukup cepat dan cekap dalam membantu sedaya upaya mereka memberhentikan kebakaran dengan pantas dari merebak ke rumah-rumah jiran yang lain,’’ katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia telah membuka Tabung Derma Kilat bagi membantu meringankan beban Hanif sekeluarga dalam menghadapi ujian tersebut.

“Marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan, setiap sumbangan amat bermakna dan semoga menjadi amal kebajikan buat kita semua,’’ katanya. – 15 September, 2026.

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Making sex jokes at work may constitute sexual harassment, court rules

Sarawak Industrial Court upholds Maybank’s dismissal of officer found guilty of sexual harassment

◉ Related