◉ HEADLINES

Jerebu: 33 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

Lebih 30 kawasan di seluruh negara berada pada tahap kualiti udara tidak sihat pagi ini, dengan Johan Setia dan Kuching mencatatkan bacaan hampir mencecah paras 200

11:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Selangor mencatatkan enam kawasan IPU tahap tidak sihat dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi iaitu 196 diikuti Shah Alam (171), Banting (166), Petaling Jaya (163), Klang (160) dan Kuala Selangor (143).

Sembilan kawasan di Sarawak turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Kuching (191), Samarahan (183), IPD Serian (178), Sibu (160), Sarikei (159), Bintulu (155), Sri Aman (153) dan Mukah (124).

Lima kawasan di Johor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Tangkak (160), Segamat (158), Batu Pahat (155), Kluang (152), Larkin (128).

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat iaitu Nilai (181), Seremban (171), Port Dickson (159) sementara di Pahang hanya melibatkan Temerloh (151).

Tiga kawasan di Melaka turut mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu Alor Gajah (164), Bukit Rambai (161) dan Bandaraya Melaka (152) manakala di Perak, bacaan tidak sihat direkodkan di Seri Manjung (175),Tasek Ipoh (171), Tanjung Malim (153) dan Pegoh Ipoh (152).

Selain itu, turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (166), Batu Muda, Kuala Lumpur (165), dan Putrajaya (174).

Sementara itu, sebanyak 33 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – 18 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related