◉ HEADLINES

Kerjasama PAS – Bersatu berakhir ‘ia bukan kehendak Bersatu’ : Muhyiddin

Muhyiddin turut meminta RoS memutuskan keanggotaan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerjasama politik antara PAS dan Bersatu telah berakhir dengan keputusan berkenaan dibuat sepenuhnya oleh PAS, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Presiden Bersatu itu, penamatan kerjasama itu diputuskan oleh PAS, bukan atas kehendak Bersatu.

“Tak perlu saya komen, dah lama dah berlaku. Dah dilakukan oleh PAS. Kita tidak buat keputusan itu.

“Jadi apa pun, dia sudah pun diketahui. Jadi makna memang kita dengan PAS setakat hari ini masih lagi tidak bekerjasama. Bukan pilihan Bersatu, pilihan PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu, malam tadi.

Pada 9 Jun lalu, PAS secara rasmi menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian mengenai hubungan semasa antara kedua-dua parti.

Ketetapan itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankuasa itu juga memperakukan keputusan Majlis Syura Ulama pada 2 Jun berhubung dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu keanggotaan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) perlu diputuskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh terdekat, terutama selepas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipanggil memberikan penjelasan.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan RoS dan diharap dapat membuat keputusan dalam tempoh yang terdekat inilah,” katanya.

RoS sebelum ini memaklumkan pihaknya telah menerima aduan rasmi daripada Bersatu berkaitan dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu selain berhubung kedudukan keanggotaannya dalam gabungan berkenaan. – 20 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related