◉ HEADLINES

Polis siasat kematian pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah, keluarga dakwa dipukul

Polis Daerah Kuala Pilah mengesahkan sedang menyiasat kes kematian seorang pelajar sekolah sukan dan menasihati awam agar tidak membuat spekulasi berhubung dakwaan di media sosial bahawa mangsa dipukul di asrama

9:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kematian seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, susulan dakwaan keluarga bahawa mangsa dipukul di asrama.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.

“Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban,” katanya.

Kejadian itu mula tular di media sosial selepas beberapa hantaran mendakwa mangsa dipukul di asrama sekolah berkenaan.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya ibu saudara mangsa berkata, keluarganya hanya mengetahui kejadian tragis itu selepas dimaklumkan oleh ibu mangsa. Dia turut mendakwa seorang pelajar Tingkatan Empat telah ditahan berhubung insiden terbabit.

Bagaimanapun, pihak polis menegaskan bahawa dakwaan mangsa dipukul serta penahanan pelajar berkenaan masih belum disahkan secara rasmi.

Kejadian mengejutkan ini turut mendapat perhatian beberapa pemimpin masyarakat termasuk Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Dalam satu hantaran Threads beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan teliti tanpa kompromi.

“Pihak berkuasa perlu menyiasat kes ini secara telus dan terperinci berhubung dakwaan mangsa dibuli demi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham dan keluarganya,” katanya sambil menyampaikan ucapan takziah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) merangkap Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut meluahkan rasa dukacita, menggesa pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan pantas serta tegas terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit.

Beliau menyifatkan isu buli di premis pendidikan sebagai perkara yang tidak boleh dikompromi. – 26 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related