◉ HEADLINES

MCMC sekat 101.66 juta panggilan penipuan dalam tempoh Feb-Ogos lalu

Sindiket penipuan luar negara itu menggunakan taktik Caller ID Spoofing bagi memaparkan nombor telefon seolah-olah daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan untuk memperdayakan mangsa di negara ini

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi berjaya menyekat 101.66 juta panggilan penipuan atau spoof call dalam tempoh Februari hingga Ogos lepas.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaan inisiatif Inter Operator Spoofing Gateway yang dilaksanakan sejak awal tahun ini.

Sindiket penipuan luar negara ini, ujar beliau, menggunakan taktik Caller ID Spoofing bagi memaparkan nombor telefon seolah-olah daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan bagi memperdayakan mangsa di negara ini.

“Jumlah keseluruhan panggilan spoof yang disekat sebanyak 101.66 juta ini membuktikan bahawa inisiatif ini sangat berkesan,” katanya kepada media pada program Tonton Wayang Bersama Ahli Parlimen Kulai, hari ini.

Dalam pada itu, Teo berkata MCMC akan mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama pihak Meta esok berkaitan aduan orang ramai berhubung kes akaun WhatsApp yang disekat.

Beliau berkata mesyuarat itu bertujuan mendapatkan taklimat terperinci berkaitan kes berkenaan.

“Kami (kementerian) akan menunggu hasil (maklumat) daripada mesyuarat pada hari berkenaan,” katanya.

Pada Jumaat, MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menyiasat aduan oranag ramai berhubung akaun WhatsApp yang didakwa telah dikompromi, disekat atau tidak lagi boleh diakses.

Pengawal selia itu berkata pihaknya telah merujuk perkara berkenaan kepada Meta, syarikat induk WhatsApp, bagi mendapatkan penjelasan dan meminta tindakan sewajarnya.

MCMC berkata pengkompromian akaun dan penyekatan akaun merupakan dua perkara berbeza, sambil menjelaskan bahawa akaun yang diambil alih oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh disekat oleh platform kerana melanggar syarat perkhidmatan WhatsApp.

“Akaun yang dikompromi oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh disalahgunakan untuk penipuan, spam atau aktiviti yang melanggar syarat WhatsApp, sekali gus menyebabkan akaun berkenaan disekat oleh platform,” kata MCMC. – 27 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

◉ Related