◉ HEADLINES

Fadhlina nafi dakwaan Irene Sofiya diseret dari surau ke dewan sekolah

Fadhlina meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung insiden tersebut demi menghormati keluarga mangsa yang sedang berduka, selain suspek bawah umur yang juga masih dalam siasatan polis

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menafikan dakwaan kononnya pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan maut di sebuah sekolah di Yong Peng, diseret dari surau ke dewan, seperti yang tular di media sosial.

Selain meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung insiden tersebut demi menghormati keluarga mangsa yang sedang berduka, Fadhlina berkata suspek bawah umur juga yang masih dalam siasatan polis.

“Ada dakwaan mengatakan mangsa diseret dari surau ke dewan tempat kejadian serta dakwaan cermin pecah di surau, ini semua tidak benar. Jangan kita menambah luka dengan spekulasi.

“Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah terbabit pada kira-kira 5.50 petang.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata mangsa mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis kemudian menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sekitar Yong Peng kira-kira 7 malam pada hari sama sebelum memperoleh perintah reman selama enam hari hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Fadhlina memberitahu, sekolah berkenaan dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak dipasang di kawasan insiden itu berlaku.

Berikutan itu, Fadhlina berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah terbabit bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Sekolah itu ada CCTV cuma CCTV itu tidak dipasang di tempat kejadian jenayah itu berlaku.

“Sebab itu saya katakan, selain fasa (pemasangan baharu) itu, mana-mana sekolah yang telah mempunyai CCTV tetapi tidak berfungsi atau rosak, sila maklumkan kepada kita untuk ditambah baik fungsinya supaya dapat merakam kejadian di sekolah,’’ katanya.

Mengulas mengenai aspek keselamatan, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyemak rekod rondaan dan pelaksanaan tugas oleh syarikat kawalan keselamatan pada hari kejadian secara menyeluruh. – 5 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

◉ Related