◉ HEADLINES

Anwar sifatkan pemergian Salahuddin satu kehilangan besar buat beliau dan keluarga

Salahuddin disifatkan seorang yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah serta tanggungjawab.

10:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkesan dengan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang secara peribadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat beliau dan keluarganya.

Menerusi hantaran di Facebooknya malam ini, Anwar berkata, Allahyarham yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dikenali kerana mempunyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan.

Beliau juga, katanya adalah seorang yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah serta tanggungjawab.

“Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.

“Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi.

“Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.

“Berehatlah, sahabatku,” katanya.

Allahyarham Salahuddin meninggal dunia pada 9.23 malam ini pada usia 61 tahun. 

Perkara itu disahkan oleh anak perempuannya, Fatiha Salahuddin menerusi kenyataan di laman Facebook.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya. – 23 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related