◉ HEADLINES

Penamaan calon: Cuaca diramal cerah di hampir keseluruhan kawasan PRN esok

Suhu pada hari penamaan calon enam di negeri tersebut diramal sekitar 23 hingga 34 darjah celsius

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, diramal cerah pada sebelah pagi di hampir keseluruhan daerah di enam negeri yang terlibat.

Menurut paparan di laman web MetMalaysia pada Rabu lepas, semua daerah di empat negeri dijangka cerah pada sebelah pagi iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Paparan itu turut menunjukkan hanya beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang dijangka hujan pada waktu pagi.

Di Kedah, cuaca hujan diramal melanda daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Langkawi manakala Pulau Pinang melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Selain itu, suhu pada hari penamaan calon enam di negeri tersebut diramal sekitar 23 hingga 34 darjah celsius.

Esok adalah hari penamaan calon PRN bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bermula dari 9 hingga 10 pagi untuk proses penghantaran borang. – 28 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related