◉ HEADLINES

Altimet berbusana serba merah, diiringi alunan selawat ke pusat pencalonan

Sesuai dengan gelaran penghibur, Altimet yang berpakaian baju Melayu berwarna merah, tiba di pusat penamaan dengan gimik

9:02 AM MYT

 

Pelbagai cara digunakan oleh calon-calon yang bertanding untuk menarik perhatian ketika tiba di Pusat Penamaan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri hari ini.

Ada yang datang ke pusat pencalonan dengan diiringi penyokong yang memakai pakaian tradisional siap bertanjak.

Mereka ini adalah penyokong penyanyi rap, Altimet atau nama penuhnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang dicalonkan mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi DUN Lembah Jaya, Selangor.

Sesuai dengan gelaran penghibur, Altimet yang berpakaian baju Melayu berwarna merah, tiba di pusat penamaan dengan gimik, sekali gus memeriahkan lagi proses penamaan calon di Dewan Dato Ahmad Razali.

Beliau diiringi dengan alunan selawat daripada penyokongnya dan tiba di situ pada jam 8.36 pagi tadi.

Pada 22 Julai tahun lalu Altimet menang dalam pemilihan parti bagi jawatan Ketua Cabang PKR Ampang menewaskan pelakon Hans Isaac. – 29 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related