◉ HEADLINES

Anwar lawat pusat penamaan bagi sokongan pada calon wakili Kerajaan Perpaduan

Beliau yang berbaju kemeja biru muda dan bersongkon turut diiringi oleh Datuk Seri Hajiji Noor serta Datuk Seri Zamry Abdul Kadir

9:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon bagi DUN Sungai Tua dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di SMK Sungai Pusu untuk memberikan sokongan kepada calon Kerajaan perpaduan.

Beliau yang berbaju kemeja biru muda dan bersongkok turut diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Luar, Datuk Seri Zamry Abdul Kadir.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berarak seiringan bersama tiga calon DUN iaitu bagi Sungai Tua Datuk Seri Amiruddin Shaari (PH); Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli (PH) dan Gombak Setia Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN) – Gambar PH Selangor, 29 Julai, 2023

Kehadirannya disambut dengan sorakan oleh penyokong Kerajaan Perpaduan namun beliau singgah sebentar di pusat tersebut sebelum berpatah balik.

Dihiasi panji logo PH dan BN, pemimpin-pemimpin bersama penyokong parti berjalan sambil melaungkan slogan “Kerajaan Perpaduan” – Gambar PH Selangor, 29 Julai 2023

Datuk Seri Amirudin Shari mewakili parti kerajaan bertanding di DUN Sungai Tua, manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Juwairiya Zulkifli masing-masing bertanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang.

Beliau kemudiannya bertolak ke pusat penamaan calon di Taman Templer selama beberapa minit sebelum beredar ke destinasi seterusnya. – 29 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related