◉ HEADLINES

Calon PH DUN Rawang dakwa kereta pancit angkara sabotaj pihak tertentu

Chua Wei Kiat berkata, tiada kesan tertusuk benda tajam atau paku dijumpai pada tayar keretanya

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat mendakwa disabatoj pihak tertentu apabila tayar keretanya dipancitkan secara sengaja, semalam.

Menurutnya, insiden itu disedari ketika beliau mahu keluar untuk melakukan tugasan harian seperti biasa.

Keadaan tayar kereta calon DUN Rawang, Chua Wei Kiat yang didakwa sengaja dipancitkan semalam. – Gambar Facebook Chua Wei Kiat, 1 Ogos, 2023

“Pada mulanya saya fikir ia tertusuk paku, namun semasa saya ke bengkel kereta, tiada kesan tertusuk benda tajam atau paku dijumpai pada tayar kereta.

“Jelaslah ia perbuatan yang telah direncanakan oleh seseorang,” katanya dalam kenyataan.

Wei Kiat yang juga penyandang kerusi berkenaan berkata, perbuatan jahat itu bukan kali pertama menimpanya.

Katanya, semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, kereta beliau pernah dibaling batu-bata.

“Perbuatan jahat dan kotor seperti ini amat tidak matang dan mengecewakan. Saya tidak akan menyerah kepada taktik politik kotor dan menjijikkan ini,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Wei Kiat turut menggesa orang ramai supaya keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini bagi memastikan PH dan Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan besar dan menubuhkan kerajaan negeri yang stabil.

Beliau berkata, di Selangor khususnya, tidak semua kawasan di negeri itu pasti dimenangi PH dan BN.

“Semasa kempen ada orang beritahu saya, ‘YB, anda pasti menang, tidak perlu risau’. Tapi saya sendiri rasa risau dengan kenyataan demikian. Apabila semua orang menjadi terlalu rileks, ia akan berubah menjadi krisis.

“Setiap undi bagi PH dan BN di setiap DUN akan mempengaruhi peluang kemenangan pihak kami. Jadi saya menyeru semua pengundi agar akfif keluar mengundi,” katanya.

Kerusi DUN Rawang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Wei Kiat dan Rajean Kumar Ratnam yang mewakili Perikatan Nasional (PN). – 1 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related