◉ HEADLINES

Jika menang ia mandat rakyat, bukan kerana wajah saya: Khaliq

Video calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq di TikTok mendapat lebih 1.5 juta tontonan kerana ketampanan wajahnya

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq tiba-tiba menjadi buah mulut ramai gara-gara wajah kacaknya.

Rata-rata netizen terpesona dan memuji ketampannya menerusi video dan beberapa gambar yang tular di media sosial.

Khaliq ketika dihubungi Scoop berkata, beliau tidak menyangka video dan gambar dirinya akan tular di media sosial.

“Saya sangat terkejut dan tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku. Video yang ‘viral’ itu pun sebenarnya dimuatnaik oleh salah seorang kakitangan saya di aplikasi TikTok,” katanya.

Ditanya mengenai pandangannya apabila orang ramai lebih hangat memperkatakan tentang wajahnya berbanding perkara lain, Khaliq berkata, dia tidak dapat menghalang masyarakat daripada bercakap atau memberikan pandangan.

Khaliq Mehtab Mohd Ishaq pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atas tiket Pakatan Harapan (PH). – Gambar Facebook Khaliq Mehtab, 3 Ogos, 2023

“Perkara mengenai paras rupa ini sangat subjektif. Ada yang suka dan sebaliknya. Tetapi biarlah pengundi menilai saya dari segi komitmen dan kerja yang sudah saya lakukan di Bertam ini sejak 2018 sehingga hari ini.

“Sama ada layak ataupun tidak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, saya serahkan mandat kepada rakyat untuk memilih.

“Jika menang, saya percaya semuanya disebabkan mandat rakyat yang percayakan PN, bukannya kerana wajah saya. Tetapi jika benar ada yang mengundi kerana wajah saya, Alhamdulillah, setiap undi anda dikira,” katanya.

Untuk rekod, Khaliq yang juga seorang peguam berjaya memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Namun pada 24 Februari 2020, beliau menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan PH dan memihak kepada Bersatu.

Mengulas lanjut, Khaliq mengakui ada segelintir pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusannya sebelum ini tetapi percaya masih ramai menyokongnya.

“Saya tak dapat nafikan masih ada yang terasa hati kerana dulu saya bertanding di atas tiket PH. Kini saya duduk di dalam kem berbeza. Saya rasa perkara ini normal.

“Selepas beberapa tahun, saya rasa ramai yang menolak saya dulu sudah boleh menerima saya semula selepas melihat komitmen diberikan dan saya juga sering turun padang bertemu rakyat.

“Rakyat sudah mula buka mata. Penyokong tegar PH sendiri yang saya jumpa, rata-rata berkecil hati dengan kerajaan sekarang,” katanya. – 3 Ogos 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related