◉ HEADLINES

Sanusi minta Saifuddin jangan campur urusan negeri, ‘pi la buat kerja kementerian, berlambak lagi tugasan’

Beliau gesa Saifuddin bawa bukti kes REE ke mahkamah, bukan bercakap di pentas ceramah

9:08 PM MYT

 

GURUN – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya menumpukan tugas sebagai menteri dan tidak mencampuri hal pengurusan Kedah.

Menteri Besar Kedah itu juga menggesa Saifuddin membawa sebarang bukti berkait kes unsur nadir bumi (REE) ke mahkamah, bukannya menjadikan pentas ceramah sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk membina naratif buruk terhadap pentadbiran negeri.

“Tak tahu la kelaku menteri macam ini, harap Malaysia terhindar dari bala.. bala bencana bagi negeri ini bila orang politik campur urusan kerajaan.

“Bagi jabatan (kerajaan) uruskan perkara ini, orang politik tak payah masuk mencelah, itu bukan kerja menteri.

“Jangan campur semua urusan jabatan, ni mai Kedah berapa kali seminggu, sebulan, semua orang urus, naik heli, kapal terbang..nak kena jamu lagi, pi (pergi) la buat kerja KDN (Kementerian Dalam Negeri) berlambak lagi tugasan, asyik kira hal REE saja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Santai Petang bersama Panglima dan Kapten BB7 di sini, hari ini.

Hadir sama calon DUN Gurun mewakili Perikatan Nasional (PN) yang juga bekas kapten pasukan hijau kuning, Baddrol Bakhtiar.

Saifuddin dalam sidang medianya hari ini berkata, menghentikan kenyataan pendedahan berkait isu REE bukan satu pilihan kerana ia membabitkan asset Kedah.

Beliau juga memaklumkan tidak gentar dengan ugutan pendedahan ‘bom atom’ dibuat Sanusi, sebaliknya mengakui turut mempunyai ‘peluru besar’ dalam membongkar isu itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sambutan penyokong dan pengundi diterimanya selepas hampir seminggu tempoh berkempen, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN terbabit secara berseloroh berkata, kempen semakin menghairahkan

“Saya pakai lajak ja tak masuk gear lagi, kalau masuk gear habis la puak tu makan asap,” katanya. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related