◉ HEADLINES

Polis nafi panggil Sanusi, minta Astro Awani mohon maaf

Tiada pihak dari Bukit Aman mahupun peringkat kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kedah (IPD) melakukan tindakan seperti dilaporkan portal berita tersebut

10:47 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan atau dipanggil untuk diambil keterangan hari ini seperti dilaporkan portal Astro Awani.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, tiada pihak dari Bukit Aman mahupun peringkat kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kedah (IPD) melakukan tindakan seperti dilaporkan portal berita tersebut.
Justeru, beliau meminta portal terbabit supaya mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik laporan yang disiarkan.

“Tindakan mengeluarkan berita tidak sahih sedemikian boleh mendatangkan rasa panik kepada masyarakat, lebih-lebih lagi dalam scenario kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, laporan polis mengenai laporan portal terbabit akan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas penyebaran berita palsu berkenaan.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengelola Perikatan Nasional (PN) dalam satu acara di Padang Serai, Sungai Petani yang sepatutnya dihadiri Sanusi memaklumkan Sanusi dipanggil polis, petang tadi.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang ingin bertemu dengannya tetapi dia (Sanusi) terpaksa melangkau program ini kerana masalah keselamatan yang serius,” kata seorang wakil jawatankuasa program Sembang Santai Bersama Panglima Perang MB Sanusi di Taman Serai Wangi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin mengesahkan perkara tersebut tetapi berkata itu sahaja maklumat yang diketahuinya setakat ini.

“Kami hanya diberitahu bahawa polis memanggilnya. Tidak lebih daripada itu,” katanya. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related