◉ HEADLINES

Umno bakal berdepan ‘mimpi ngeri’, terkubur selepas PRN sekiranya…

Justeru, akar umbi dan penyokong Umno diseru keluar mengundi beramai-ramai demi memastikan parti keramat itu kekal relevan

7:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno tidak akan dihormati parti lawan dan sekutu politik sendiri, malah akan dianggap ‘tidak bermaruah’ sekiranya ia kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berkata, parti itu juga akan berdepan perpecahan kritikal, selain bakal menyaksikan lebih ramai pemimpin serta akar umbi meninggalkannya.

Lebih buruk, katanya, beliau tidak menolak kemungkinan, kekalahan pada PRN kali ini menyebabkan Umno ‘terkubur’ sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

“Mana nak letak maruah kita (Umno). Umno berada dalam gabungan Kerajaan Perpaduan, namun kita menempel sebab dia (parti komponen kerajaan) mungkin kata hang bertanding pun kalah sebab orang hang tidak keluar.

“Bayangkan kalau tempat kita kalah, habis kita…saya tidak kisah kawasan Amanah, PKR atau DAP, mereka boleh jaga kawasan mereka, namun saya risau dengan kerusi kita tandingi jika kita kalah teruk,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini.

Sehubungan kemungkinan itu, beliau menyeru akar umbi dan penyokong Umno supaya keluar beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab membuang undi, demi memastikan parti keramat berkenaan kekal relevan serta masih menjadi pilihan masyarakat, khususnya orang Melayu.

“Penyokong Umno perlu keluar beramai-ramai bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti (ini). Kalau kita kalah teruk di kawasan bertanding, lepas ini, tidak kira pihak lawan ataupun kawan kita (parti komponen Kerajaan Perpaduan), mereka tidak akan lagi menghormati kita.

“Keputusan itu juga akan menyebabkan pergaduhan dalaman sehingga akar umbi berpecah. Tiada lagi masyarakat yang mahu menyertai parti kita disebabkan Umno tiada masa depan, lebih baik sokong parti lain,” katanya.

Dalam pada itu, Isham menegaskan, Bersatu adalah punca utama keretakan hubungan di antara Umno dengan Pas sehingga Muafakat Nasional (MN) dibubarkan.

Jelasnya, Pas yang dipimpin Tan Sri Abdul Hadi Awang juga bersikap ‘tikam belakang’ terhadap Umno apabila parti itu tidak mahu menubuhkan MN sebagai sebuah gabungan sah, sebaliknya bertegas mahu menubuhkan PN bersama Bersatu.

“Bersatu tuduh kita, kalau sokong Umno, akan menyokong DAP tapi siapa dulu angkat bendera parti itu sehingga berguling, sampai keluarkan dalil tidak bagi mengundi kita (Umno), itulah Pas, masih ingatkah lagi perkara itu (Tan Sri) Abdul Hadi (Awang),” katanya.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 107 calon pada PRN ini, merangkumi 62 peratus muka baharu, manakala penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 18 peratus dan individu pernah bertanding (20 peratus). – 6 Ogos, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related