◉ HEADLINES

Najib nafi kempen terkesan kerana nama mirip bekas PM, ‘pengundi lebih kenal ayah saya Isa Samad’

Anak Isa Samad itu yakin Kerajaan Perpaduan raih kemenangan pada PRN Negeri Sembilan, berdasarkan reputasi baik BN ketika memerintah negeri berkenaan

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa menafikan dakwaan namanya yang serupa dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengganggu kelancaran kempennya dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, penduduk di DUN itu menerima kehadirannya dengan baik dan lebih mengenalinya sebagai anak kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berbanding mantan Presiden Umno terbabit.

Beliau berkata, faktor anak kepada sosok pemimpin popular itu dilihat memberi kelebihan walaupun berdepan cabaran untuk memenangi DUN Bagan Pinang.

“Saya adalah anaknya (Isa), jadi pengaruh nama ayah itu lebih melekat dekat saya (berbanding nama saya sendiri). Bukan perkara baharu, malah sejak beliau menjadi pemimpin lagi. Namun, jika saya berkempen dengan menggunakan popularitinya, saya tidak yakin BN mampu mencapai kemenangan di kawasan ini. Malah, cabaran saya untuk meletakkan diri pada standard perkhidmatan lebih tinggi kepada masyarakat.

“Namun, kelebihan sepanjang berkempen, khususnya menerusi usaha turun padang, masih ramai mengingati apa jasa dilakukan ayah sehingga mudah untuk dikenali masyarakat. Saya yakin berdasarkan kerjaya, trek rekod serta jawatan saya kini sebagai Timbalan Ketua Umno Port Dickson, saya boleh berkhidmat kepada masyarakat di DUN Bagan Pinang sebaiknya jika menang pada PRN ini,” katanya kepada Scoop.

Dalam pada itu, Najib meyakini parti komponen Kerajaan Perpaduan mampu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, khususnya di DUN Bagan Pinang, berdasarkan reputasi baik BN ketika memerintah negeri berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah platform untuk gabungannya selesa dan perlu mengambil kesempatan dengan baki berkempen hanya tinggal dua hari, bagi mengetahui permasalahan dihadapi masyarakat di DUN Bagan Pinang.

“Tempoh kempen ini juga memberi saya kesempatan untuk menjelaskan mengenai isu berbangkit dalam kalangan pengundi. Bila kita memberi penerangan, mereka akan menilai secara terperinci perkara itu dan akan memberi undi kepada kita. Rakyat sekarang sudah celik, terbuka untuk memilih mereka yang mempunyai pengalaman dalam pembangunan dan pentadbiran negeri.

“Kita bimbang polemik isu itu akan menyebabkan kehidupan rakyat terjejas. Nak kata terlalu yakin, sudah pastinya semua calon yakin tetapi saya lebih percaya kepada pengundi yang pastinya akan buat keputusan terbaik untuk diri mereka. Tiada keputusan yang lebih tepat selain memberi undi kepada calon BN dan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Najib berdepan pertembungan satu lawan satu dengan calon PN, Abdul Fatah Zakaria di DUN Bagan Pinang.

Untuk rekod, Isa pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang selepas memenangi pilihan raya kecil (PRK) pada Oktober 2009, selain Adun Linggi, bermula 1978 hingga 2004, malah beliau menjadi menteri besar paling lama di Negeri Sembilan, iaitu dari 1982 sehingga 2004. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related