◉ HEADLINES

Kenapa MBI lulus satu surat teroka REE, soal Saifuddin kepada Sanusi

Saya difahamkan atas nama usaha ekplorasi ini juga telah dikeluarkan hampir lima guni sampel (REE): Saifuddin

3:09 PM MYT

 

ALOR SETAR — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mendedahkan terdapat satu lagi surat kebenaran dikeluarkan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah pada 3 Mei lalu kepada satu syarikat bagi lesen carigali dan eksplorasi.

Beliau berkata, surat kebenaran diberikan kepada syarikat Jangka Bakat Mineral Sdn Bhd itu bagi pengambilan sampel unsur nadir bumi (REE) di Kampung Bendang Man, Ladang MBI Kedah Felcra Berhad.

“Saya difahamkan atas nama usaha ekplorasi ini juga telah dikeluarkan hampir lima guni sampel (REE).

“3 Mei surat (Ketua Pegawai Eksekutif) CEO MBI (Sobri Osman) kepada Jangka Bakat Mineral Sdn Bhd bagi kebenaran masuk tanah MBI Bendang Man, untuk pengambilan sampel, sampel apa (sampai) lima guni? 

“Jadi Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) kena tanya CEO Sobri berapa banyak lagi kelulusan MBI untuk lesen pengambilan sampel ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR memaklumkan polis sudah mengambil tindakan terhadap kes itu dengan beberapa tangkapan dibuat.

“Saya boleh sahkan ada tangkapan dibuat beserta lima guni sampel, berapa ramai ditangkap itu kena tanya polis, saya tak mahu ganggu siasatan mereka,” katanya.

Saifuddin berkata, beliau kesal ketika pendedahan mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik dibuat, satu lagi kecurian berlaku lagi atas nama lesen eksplorasi.

Justeru, beliau menegaskan banyak lagi pendedahan akan dilakukan berkait isu kecurian REE di Kedah dan bukan hanya semata adanya Pilihan Raya Negeri.

“Pendedahan saya bukan untuk pilihan raya, ini untuk hebahkan kepada rakyat apa yang berlaku.

“Sebab itu saya kata menjelang 48 jam yang terakhir, satu undi kepada Sanusi bermaksud satu undi menyokong REE terus dicuri.

“Satu undi kepada parti Kerajaan Perpaduan bermaksud satu undi untuk menyekat kecurian daripada terus dilakukan.

“Satu undi kepada Sanusi bukan untuk ‘The Greater Kedah’ tetapi ‘The Greatest Robbery of REE’,” katanya. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related