◉ HEADLINES

Suasana berbeza ketika PRU-15, pengundi terkejut pusat mengundi tak ramai orang

"Masa saya mengundi Ahli Parlimen ketika PRU-15, saya beratur dari jam 10 pagi dan hanya boleh masuk ke dewan pada pukul 1 petang. Sekarang masuk 10.30 pagi, 10.55 pagi dah keluar,'' : Devanthiran

12:31 PM MYT

 

SEMENYIH – Rata-rata pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih meluahkan kekecewaan dan agak terkejut kerana tidak ramai yang keluar mengundi di kawasan berkenaan.

Malah, mereka menganggap suasana di tempat pengundian itu tidak serancak semasa Pilihan Raya Umum (PRU-15) lalu.

K. Devanthiran mendapati keadaan di pusat mengundi di SJKC Sing Ming, di sini sunyi dan tidak perlu menunggu lama untuk mengundi. – Gambar Scoop, 12 Ogos, 2023

Salah seorang pengundi di DUN berkenaan, K. Devanthiran, 26 berkata, keadaan di pusat mengundi di SJKC Sing Ming, di sini, kelihatan sunyi malah dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengundi.

“Kalau dahulu, masa saya mengundi Ahli Parlimen ketika PRU-15 lalu, saya beratur dari jam 10 pagi dan hanya boleh masuk ke dewan mengundi pada pukul 1 petang.

“Tapi kali ini, masuk jam 10.30 pagi, nak dekat 10.55 pagi saya dah keluar.

“Saya pelik juga, kenapa tak ramai, kemungkinan PRN kali ini tidak ramai orang keluar mengundi atau mereka hanya keluar petang nanti,’’ katanya ketika ditemui Scoop, hari ini.

Noor Maizatul Syahira, menganggap ketiadaan ramai orang di pusat pengundian memberinya peluang melaksanakan tanggungjawab pada negara dengan segera sebelum ke tempat kerja. – Gambar Scoop, 12 Ogos, 2023

Senada dengan Devanthiran adalah Noor Maizatul Syahira, 27, namun dia menganggap ketiadaan ramai orang di pusat pengundian memberinya peluang melaksanakan tanggungjawab pada negara dengan segera sebelum ke tempat kerja.

Bagaimanapun, Maizatul berharap agar orang ramai keluar mengundi dan tidak mengambil tindakan memboikot proses demokrasi ini.

“Ini kali kedua saya mengundi, hari ini memang laju, tak macam seperti PRU-15 dulu, punyalah ramai sehingga saya hampir nak menyerah kalah kerana tak sanggup nak beratur hanya untuk mengundi.

“Namun, hari ini memang laju, saya pula rasa macam tak percaya, mungkin rezeki saya sebab dah tunaikan tanggungjawab saya, Allah permudahkan saya untuk tidak lambat hadir ke tempat kerja pada jam 11.30 pagi,” katanya.

Yusof Abdullah bersama anaknya, Noraini selesai membuang undi di SJKC Sing Ming bagi DUN Dengkil. – Gambar Scoop, 12 Ogos, 2023

Sementara itu, Yusof Abdullah, 53 pula berkata, meskipun sakit kaki namun dia tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Saya mengundi bersama anak perempuan saya. Saya terasa agak seronok hari ini. Mungkin saya tidak perlu tunggu terlalu lama dengan petugas SPR sungguh ramah dan sangat membantu,” katanya.

Pusat pengundian SJKC Sing Ming bagi DUN Semenyih mula dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jam 8 pagi tadi dan akan ditutup jam 6 petang nanti. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related