◉ HEADLINES

PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tetap tunai tanggungjawab mengundi

Walaupun tidak dapat melihat sejak lahir, setiap kali tiba pilihan raya, pasangan ini tidak mahu ketinggalan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia

12:57 PM MYT

 

SIK – Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Roseri dan Rohana yang tinggal di Kampung Namek Tua tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Dusun, kira-kira pukul 9.45 pagi tadi dengan dibantu rakan mereka, Dahari Ahmad, 72, untuk mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Belantek.

Roseri berkata walaupun tidak dapat melihat sejak lahir, setiap kali tiba pilihan raya, dia dan isteri tidak mahu ketinggalan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

“Kami bangun awal pagi, rasa seronok kerana masih berpeluang mengundi dalam pilihan raya kali ini. Kami tak tinggal lagi la untuk pi mengundi… pilihan raya umum sebelum ini pun kami berdua turun mengundi,” katanya ketika ditemui Bernama di Sekolah Kebangsaan Seri Dusun di sini hari ini.

Sementara itu, Rohana berkata dia dan suami memilih untuk keluar awal ke pusat mengundi bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi tersebut termasuk kemungkinan hujan jika keluar mengundi pada sebelah petang.

Pada PRN ini, DUN Belantek yang mempunyai seramai 28,165 pengundi menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Mazli Saipi dengan calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Sulaiman. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related