◉ HEADLINES

PRN: Polis terima 94 laporan salah guna MyKad pada hari mengundi di enam negeri

Selangor merekodkan jumlah laporan tertinggi membabitkan kesalahah tersebut iaitu 48 kes

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menerima sejumlah 94 laporan berhubung kesalahan menggunakan  nama dan kad pengenalan (MyKad) orang lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata Selangor merekodkan jumlah laporan tertinggi membabitkan kesalahah tersebut iaitu 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20),Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah dan Terengganu.

Katanya, kesalahan tersebut membabitkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.

“Sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 240 kertas siasatan dibuka membabitkan 1,951 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen PRN di enam negeri sehingga semalam.

Razaruddin berkata 78 kertas siasatan dibuka di Selangor diikuti masing-masing 42 di Pulau Pinang dan Kedah, Terengganu (34), Negeri Sembilan (25) dan Kelantan (19).

“Setakat semalam, kita telah menahan 15 individu iaitu sembilan orang di Kedah dan masing-masing dua di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata PDRM meluluskan 4,506 permit dalam tempoh berkempen yang bermula pada 29 Julai lalu dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu 976 permit diikuti Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan  Pulau Pinang (452).

Kesalahan lain yang dilaporkan adalah khianat bendera, mempamer logo politik, menghalang penjawat awam dan perhimpunan menyalahi undang-undang, katanya. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related