◉ HEADLINES

Kita sedia buka lembaran baharu, hal hati kena simpan dalam peti: Sanusi

Tugas pertama Sanusi adalah menyusun senarai Exco kerajaan negeri yang akan membariskan muka lama dan baharu

1:22 PM MYT

 

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia membuka lembaran baharu dalam hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat.

Beliau juga menggesa supaya Kerajaan Perpaduan tidak menghukum rakyat Kedah semata-mata memilih Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negeri itu.

“Kita bersedia untuk lembaran baharu, kalau mereka (juga) sedia Alhamdulillah. Kalau mereka (Kerajaan Perpaduan) masih simpan dalam hati, saya tak tau.

“Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan, urusan ikut prosedur kerajaan, hal hati mana boleh bawa dalam tu, kena simpan dalam peti.

“Takkanlah pilihan rakyat nak marah, menghukum rakyat Kedah, kerana rakyat Kedah pilih PN. Mana boleh macam itu, ini demokrasi, ingatlah dosa pahala semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memulakan hari pertamanya sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Anak Bukit, Sanusi memasuki pejabatnya di sini bagi mengetip kad perakam waktu.

Dalam pada itu Sanusi berkata, tugas pertamanya adalah menyusun senarai Exco kerajaan negeri yang akan membariskan muka lama dan baharu.

Jelasnya, pimpinan negeri termasuk dirinya akan meneliti dan memutuskan senarai sebelum diumumkan secepat mungkin.

“Barisan Exco yang dilantik akan terjemahkan pelan dan perancangan Kedah Maju 2035. Akan ada campuran, kena ada (Exco) yang lama dan baru.

“Saya akan umumkan secepat yang mungkin, komposisi 10 orang Exco termasuk saya (Menteri Besar) 11 orang. Susah nak pilih sebab semua ada kelayakan,” katanya.

Ditanya mengenai beberapa kes mahkamah yang kini dihadapi beliau, Sanusi berkata, ia tidak memberikan kesan kepada pentadbiran beliau selepas ini.

“Itu tidak beri kesan. Ia hal saya. Tak perlu campur (pentadbiran kerajaan) katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada popularitinya turut menyumbang kepada kemenangan PN, Sanusi mengakui perkara itu kerana PN mendapat undi dari segenap lapisan masyarakat termasuk golongan muda. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related