◉ HEADLINES

Sanusi akan dipanggil beri keterangan, beri peluang kami siasat – Ketua Polis Negara

Belum ada tarikh ditetapkan untuk Sanusi hadir memberi keterangannya

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memberi keterangan berhubung tindakannya mempamer kertas undi kepada media ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, bagaimanapun belum ada tarikh ditetapkan untuk Sanusi hadir memberi keterangannya.

“Sudah tentulah beliau akan dipanggil beri keterangan. Belum tahu (tarikh) dipanggil. Bila ada laporan kita siasat.

“Beri peluang polis buat siasatan dan ambil keterangan sebelum perkara itu dibawa ke Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya pada sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman, hari ini.

Menurutnya, ketika ini pegawai penyiasat sedang meneliti dari segi perundangan untuk mengaitkan kesalahan itu mengikut akta yang bersesuaian.

“Setakat ini, kita sedang melihat cadangan-cadangan yang sesuai termasuklah mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Kita tak aniaya orang. Kita akan lebih adil. Kita akan meneliti segala keterangan yang ada,” katanya.

Ditanya sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu akan dituduh di mahkamah, Razarudin berkata, ia adalah bidang kuasa AGC.

“Tuduh atau tidak bukan di pihak kita tetapi AGC. Tetapi jika tiada kesalahan, maka tiadalah kesalahan,” katanya.

Pada PRN Sabtu lalu, Muhammad Sanusi didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.

Perbuatan tersebut mengundang kritikan pengguna media sosial, yang berkongsi gambar Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related