◉ HEADLINES

Desak Zahid berundur disuarakan geng pro PN: Nur Jazlan

Sepatutnya kekalahan pada PRN Sabtu lalu seharusnya dipikul semua pihak dalam Umno

9:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Desakan agar Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur susulan prestasi buruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu datang daripada kumpulan pro Perikatan Nasional (PN) dalam kalangan pemimpin parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa individu tersebut termasuklah mantan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh.

Dakwanya lagi, desakan itu disuarakan Idris kerana beliau kecewa kedudukannya sebagai Pengerusi Felda digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Selesai saja PRN di enam negeri dan bila keputusan menunjukkan Umno-Barisan Nasional (BN) mengalami nasib tidak baik, terus ada pihak yang tuding jari salahkan Presiden Umno dan desak beliau lepaskan jawatan.

“Macam biasalah, geng pro PN dalam kalangan Umno paling pantas jadikan Zahid sebagai kambing hitam sekali lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sedangkan semua pihak perlu ambil tanggungjawab sebagai sebuah kesatuan dalam Umno.

“Kenapa puak pendesak dalam Umno tak salahkan Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Pusat dan bahagian sekali dalam kekalahan ini? Sebabnya kalau Presiden Umno gagal, maknanya keseluruhan kepimpinan parti juga gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, tindakan menyalahkan Zahid sebagai kambing hitam atas kekalahan banyak kerusi ditandingi parti itu pada PRN tidak akan menyelesaikan masalah utama.

Katanya, semua pihak dalam Umno tanpa mengira sama ada pucuk pimpinan tertinggi parti, pemimpin di bahagian dan cawangan perlu bersama memikul bebanan kekalahan.

Ini kerana katanya, penolakan rakyat terhadap Umno bukan hanya disebabkan faktor seorang pemimpin sahaja tetapi jenama parti itu sendiri.

“Kenapa hanya namakan Zahid seorang saja yang perlu letak jawatan? Kenapa dia tak petik nama Pengerusi Umno Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, sebab kalau nak diikutkan di lima negeri itu, prestasi Umno buruk kecuali Negeri Sembilan,” katanya.

Nur Jazlan berkata, semua keputusan berkaitan PRN lalu juga dibuat secara konsensus menerusi mesyuarat MKT Umno dengan beberapa pemimpin yang tidak berpuas hati itu juga turut bersama membuat keputusan.

Malah katanya, Zahid turut memberikan kebebasan kepada Umno negeri dan Ketua Bahagian dalam pemilihan calon yang difikirkan layak dan mampu menang untuk PRN di DUN masing-masing.

“Jadi tak boleh nak salahkan presiden saja atas kekurangan prestasi parti sebaliknya setiap orang perlu sama-sama memikul tanggungjawab dan seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikan segala kemelut.

“Contohnya pada PRN Melaka dan Johor sebelum ini, parti dipimpin oleh presiden yang sama dan pemilihan calon pun dibincangkan bersama. Hasilnya cemerlang pula.

“Tak timbul pula isu Presiden Umno yang jadi liabiliti kepada parti ketika itu. Padahal ketika itu pun presiden sedang menjalani perbicaraan di mahkamah macam sekarang, tak pula jadi isu besar,” katanya. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

TM Bukit Jalil to host star-studded AllStar Legends clash featuring Gerrard and football greats

Former Premier League and international stars led by Steven Gerrard will reunite at Bukit Jalil National Stadium on October 3 for the AllStar Legends exhibition match, as organisers promise fans a world-class football spectacle packed with nostalgia, entertainment and global star power

◉ Related