◉ HEADLINES

Annuar sindir post mortem Umno, ‘bukan kematian mengejut, tapi dah lama tolak penawar’

Usaha itu seolah-olah sudah terlambat kerana ia sepatutnya dilakukan lebih awal

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyindir tindakan parti itu yang mahu melakukan sesi post mortem bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di kerusi ditanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Menurut beliau, usaha itu seolah-olah sudah terlambat kerana ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

Malah katanya, kekalahan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana usaha untuk memulihkan Umno sebelum ini tidak diendahkan.

“Ada kematian perlu post mortem. Ada yang tak perlu post mortem pun, terutama bila kematiannya bukan mengejut, tapi dah lama menolak ikhtiar, ubat dan penawar dibuang ketepi dan diri merasakan kalis mati,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, mantan Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan Umno sudah tidak relevan kerana rakyat mahu bergerak ke hadapan dengan visi dan keyakinan yang baru tanpa parti berkenaan.

“Sudah lama saya cuba memberi pandangan dengan ikhlas hal mereka tapi naratif palsu presidennya juga yang dipakai mereka. Apa yang saya ramal berlaku sudah berlaku,” katanya.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempertahankan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan menegaskan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keputusan PRN kali ini.

“Biar reda (dulu), kita lakukan post mortem dan cari kelemahan kita.

“Desakan bagi Ahmad Zahid berundur hanyalah jalan pintas dan mudah sebagai alasan atas kekalahan pada PRN,” katanya.

Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi pada PRN di enam negeri itu.

BN menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, dua masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang dan satu di Kelantan manakala gagal meraih sebarang kerusi di Kedah dan Terengganu.

Berbanding Perikatan Nasional (PN), gabungan politik yang terdiri daripada PAS dan Bersatu berjaya menguasai 146 kerusi daripada 245 kawasan ditandingi, di samping terus mengekalkan kemenangan besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah. – 16 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related