◉ HEADLINES

Pegawai didakwa terbabit aktiviti parti politik: JAKIM ambil tindakan segera

Hakimah berkata, jabatan itu tidak teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melanggar peraturan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius laporan berhubung isu penglibatan pegawainya dalam aktiviti parti politik, seperti tular di media sosial.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, beliau sudah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib JAKIM bertindak segera mengenai isu terbabit.

Menurutnya, tindakan itu berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“JAKIM ingin merujuk isu tular di media sosial dan aduan yang melibatkan penyertaan pegawai JAKIM dalam aktiviti politik.

“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Hakimah berkata, sebagaimana sering diingatkan, setiap warga kerja JAKIM dinasihatkan agar sentiasa mematuhi semua peraturan sedang berkuatkuasa.

“Mereka dinasihatkan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan seorang pegawai kanan JAKIM yang didakwa terbabit dalam aktiviti sebuah parti politik, malah beliau dikatakan memuat naik hantaran bersifat ekstremis berunsurkan agama.

Di bawah pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) membabitkan Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam kumpulan pengurusan tertinggi serta pegawai kumpulan pengurusan dan professional, dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Mereka juga tidak boleh membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis yang memberikan suatu pandangan berat sebelah atas apa-apa perkara membabitkan isu antara parti politik;

Penglibatan pegawai tersebut dalam aktiviti politik boleh membawa suasana tidak harmoni di tempat kerja. – 17 Ogos 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Ozil warns Malaysia: Invest in youth or fall behind in global football race

Former Real Madrid and Arsenal star says Malaysia must commit to long-term grassroots and academy development, stressing that sustainable success in world football demands patience, structure, and unwavering belief in youth systems

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

◉ Related