◉ HEADLINES

Exco Pahang, Johari Harun antara 10 maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai menaiki pesawat jenis Beechcraf 390 (Premier1) dengan nombor pendaftaran N28JV bersama lima penumpang lain dan dua kru pesawat

6:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara 10 mangsa yang maut dalam nahas pesawat terhempas berhampiran kawasan kediaman Elmina di Shah Alam, petang tadi.

Johari, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai menaiki pesawat jenis Beechcraf 390 (Premier1) dengan nombor pendaftaran N28JV bersama lima penumpang lain dan dua kru pesawat itu.

Dalam pada itu, media sosial turut dibanjiri reaksi orang ramai khususnya pemimpin politik bagi mengucapkan takziah berikutan pemergian Adun Pelangai tersebut.

Bekas Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli turut berkongsi berita sedih itu menerusi ciapan di Twitternya.

“Takziah buat waris penumpang pesawat ringan yang terhempas di Elmina, termasuk Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, Exco kerajaan Pahang.

“Juga kepada waris penunggang motosikal dan kenderaan terlibat dalam kemalangan itu. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman seolah-olah hilang kata-kata selepas menerima perkhabaran sedih itu.

“Allah… ,” katanya di Twitter.

Dalam hantaran berasingan, Rara berkata, beliau baru saja bertemu dengan Johari dua hari sebelum nahas itu.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” katanya.

Berdasarkan gambar yang dikongsi Johari di Facebooknya semalam, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara duduk bersebelahan dengan beliau semasa menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPD) Bentong Kali-6 bagi tahun 2023 di Majlis Perbandaran Bentong.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (kanan) duduk di sebelah Datuk Seri Johari Harun pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPD) Bentong Kali-6 bagi tahun 2023 di Majlis Perbandaran Bentong, semalam. – Gambar Facebook, 17 Ogos, 2023.

Dalam hantaran tersebut, Johari berkata, sesi mesyuarat itu bertujuan membincangkan perkara melibatkan perancangan Pembangunan dan pembentangan laporan gerak kerja prestasi projek di Bentong selain menyelesaikan beberapa isu aduan rakyat berkaitan kemudahan awam.

“Semoga segala usaha dan perancangan yang dilaksanakan sentiasa dipermudahkan oleh-Nya dan mendatangkan banyak kebaikan untuk kemakmuran negeri Pahang. Insya-Allah.

“Terima kasih kepada ahli jawatankuasa, urusetia dan semua yang hadir,” tulis Johari. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related