◉ HEADLINES

Pesawat melencong ke kanan sebelum terhempas: Anthony Loke

8:14 PM MYT

 

SUBANG – Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dikesan melencong ke kanan dari laluan asal penerbangan sebelum terhempas dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang tadi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, siasatan awal mendapati pesawat berkenaan sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

“Daripada pengamatan awal, pesawat itu melencong dari flight path (laluan penerbangan) ke kanan dari yang sepatutnya.

“Tetapi, tiga minit selepas kebenaran mendarat diberikan, pegawai trafik udara melihat asap besar di lokasi ia terhempas,” katanya pada sidang media di LTSAAS di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Dalam pada itu, Anthony berkata, Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BKSU) Kementerian Pengangkutan (MOT) sudah diarahkan untuk ke lokasi nahas bagi mengesan kotak hitam pesawat itu.

Katanya, walaupun identiti mangsa dalam pesawat itu sudah dikenalpasti menerusi maklumat yang diperolehi, polis sedang menjalankan post mortem dan akan memaklumkan identiti dua lagi orang awam yang turut maut dalam masa terdekat.

“Penumpang yang maut ialah Khairil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Datuk Seri Johari Harun; Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

“Dua lagi mangsa terlibat adalah juruterbang, iaitu Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim. Identiti dua orang awam sedang disahkan oleh polis,” katanya.

Terdahulu, Hussein mengesahkan 10 lelaki maut termasuk seorang kenamaan dalam nahas pesawat itu.

Menurutnya, lapan daripada mereka ialah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi adalah orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan melalui kawasan kejadian. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related