◉ HEADLINES

10 waris sudah serah sampel DNA

'Kita sudah terima semua sampel, semua waris sudah datang ke IPD Klang Selatan untuk proses DNA'

10:17 AM MYT

 

KLANG — Semua 10 waris kepada mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, semalam sudah menyerahkan sampel Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi memudahkan proses pengecaman mayat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya sudah menerima semua sampel DNA waris mangsa yang diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sejak malam tadi.

“Kita sudah terima semua sampel, semua waris sudah datang ke IPD Klang Selatan untuk proses DNA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, operasi mengesan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie di sini, disambung jam 9 pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, operasi hari ini menumpukan kepada proses ‘sweeping’ di lokasi kejadian.

Dalam insiden pada jam 2.50 petang semalam, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Gutrie dekat sini.

Lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Dalam tragedi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara yang disahkan berada dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related