◉ HEADLINES

Nahas Elmina: Proses pengecaman sedang dijalankan, paling awal jenazah akan dikeluarkan Isnin ini

Jabatan Kimia perlu membuat padanan DNA membabitkan lebih 200 cebisan anggota badan mangsa

3:01 PM MYT

 

KLANG – Jenazah 10 mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di bandar Elmina, di Shah Alam, yang sedang menjalani pengecaman dan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) hanya akan dapat dikeluarkan paling awal Isnin ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Kimia memandangkan pihak berkenaan perlu membuat padanan DNA membabitkan lebih 200 cebisan anggota badan mangsa.

“Setakat ini 22 sampel DNA sudah diambil, kita juga sudah ambil human remains (cebisan anggota badan)… ada yang tinggal badan, ada kepala sahaja, ada 200 lebih cebisan dan ini memakan masa untuk mendapatkan DNA sehingga Isnin.

“Kerana pihak Jabatan Kimia maklumkan kita bahawa paling awal memang hari Isnin, tak boleh kata hari Ahad sebab terlampau banyak sangat untuk buat padanan DNA dengan cebisan badan yang ditemui,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, polis dan juga hospital akan menghubungi ahli keluarga atau waris sebaik semua proses di Jabatan Forensik selesai dilakukan.

“Kita telah pun berjumpa keluarga mangsa dan waris untuk menasihatkan supaya mereka tidak tunggu berdekatan unit forensik ini.

“Dengan cuaca panas, bimbang sakit pula, kita akan hubungi mereka sebaik proses selesai dilakukan di Jabatan Forensik,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi taklimat kepada waris mangsa nahas pesawat ringan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), di sini, hari ini. – Gambar Scoop, 18 Ogos, 2023

Beliau berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga  akan menguruskan dan mempermudahkan semua urusan dari segi mandi, solat dan van untuk jenazah termasuk dibawa pulang ke kampung masing-masing.

Selain itu katanya, pihak konsesi Elmina turut memaklumkan pembersihan di kawasan tragedi sudah selesai sepenuhnya dan laluan akan kembali dibuka jam 3 petang ini.

Dalam insiden pada jam 2.50 petang semalam, 10 mangsa disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Gutrie dekat sini.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Dalam tragedi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan berada dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related