◉ HEADLINES

Muhyiddin umum calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan

Nama-nama sudah disenarai pendek, tinggal diumumkan sahaja

3:50 PM MYT

 

KULAI – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu depan.

Pengerusi PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu akan mengumumkan nama-nama calon, selepas pimpinan pusat memuktamadkan perkara tersebut.

“Setakat ini memang nama-nama itu dah ada, jadi peringkat pusat yang akan membuat keputusan. Nama-nama sudah disenarai pendek, tinggal diumumkan sahaja.

“Dalam senarai calon-calon yang kita hantar di peringkat pusat, ada yang daripada golongan profesional serta pemimpin masyarakat, yang memang dikenali di dua kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Dr Sahruddin yang juga Pengarah Pilih Raya bagi dua PRK tersebut berkata mesyuarat hari ini bagi merangka gerak kerja PN, dalam menghadapi PRK berkenaan.

Selain itu, beliau berkata jawatan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PRK digalas Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin dan Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee.

Difahamkan majlis pengumuman calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan, dijangka dibuat dalam kawasan Parlimen Pulai.

Sebelum ini, Dr Sahruddin dilaporkan telah menghantar 15 nama ke pusat untuk dinilai sebagai calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. – 19 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related