◉ HEADLINES

Bekas PM Thailand Thaksin pulang ke tanah air selepas 15 tahun

Penyokongnya telah berkhemah di luar terminal sejak Isnin

12:06 PM MYT

 

BANGKOK – Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra tiba di Thailand pada Selasa selepas 15 tahun hidup dalam buangan, hari yang sama sidang Parlimen mengundi perdana menteri baharu.

Thaksin,74 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang pada 9 pagi (waktu tempatan) dengan menaiki pesawat persendirian yang berlepas dari Lapangan Terbang Seletar Singapura.

Diiringi anak lelaki dan anak perempuannya termasuk Paetongtarn, yang merupakan seorang daripada tiga calon perdana menteri Parti Pheu Thai, beliau meletakkan jambangan bunga di hadapan gambar Raja Maha Vajiralongkorn di luar bangunan terminal.

Thaksin sempat melambai ahli keluarga, penyokong dan media yang berkumpul di luar bangunan terminal sebelum masuk ke dalam bangunan itu semula.

Thaksin dijangka ditahan polis dan dibawa ke Mahkamah Agung untuk perbicaraan lewat hari ini.

Terdahulu, penyokong Thaksin berbaju merah berkumpul di luar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang bagi mengalu-alukan kepulangannya sambil memegang sepanduk.

Penyokongnya telah berkhemah di luar terminal sejak Isnin.

Selain itu, tokoh utama dan Ahli Parlimen Parti Pheu Thai turut berada di terminal bagi menyambut ketibaan Thaksin.

Terdahulu, bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra berkongsi hantaran dan video di Facebooknya yang memaparkan Thaksin diiringi menaiki pesawat

“Akhirnya, hari yang anda (Thaksin) nantikan telah tiba.

“Saya ucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan pulang. Harap kekal sihat, abang,” menurut hantaran di Facebooknya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Kehakiman Sorawis Limparangsi berkata, Mahkamah Agung akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu termasuk butiran pertimbangan mahkamah terhadap kes berkenaan.

Thaksin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2001 hingga 2006, telah hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai selepas kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related