◉ HEADLINES

22 jalan ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan: Polis

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 jalan menghala ke lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya akan ditutup sementara bagi menjamin kelancaran acara sambutan pada 31 Ogos ini. 

Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran dan Belanjawan) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Rizal Abd Rahman Sidek berkata penutupan jalan itu akan bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi.

“Antara laluan terlibat ialah Persiaran Perdana dari Dataran Putra, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Lebuh Saujana menghala ke Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Pemodenan,” katanya dalam program temu bual di stesen radio Selangor. FM hari ini. 

Rizal berkata untuk senarai penuh jalan yang ditutup, orang ramai boleh melayari Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Beliau berkata bagi memudahkan pergerakan orang ramai, penganjur menyediakan dua bas perantara di Terminal Putrajaya Sentral dan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – 23 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related