◉ HEADLINES

MB Selangor nafi data untuk pendaftaran insuran rakyat diambil tanpa kebenaran

Amirudin juga berkata, dakwaan tular kononnya hasil premium data Skim INSAN disalur untuk PRN

3:53 PM MYT

 

SHAH ALAM – Datuk Seri Amirudin Shari menempelak dakwaan pihak tertentu kononnya Skim Insurans Am Selangor (INSAN) mengambil data dan maklumat individu yang mendaftar tanpa kebenaran.

Menteri Besar Selangor itu berkata, data terbabit adalah data awam daripada senarai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, maklumat awal diterima individu yang mendaftar skim insuran itu juga adalah hanya pra pendaftaran.

“Kita sudah berhubung dengan SPR. SPR sebutkan apa yang dalam data pemilih itu, boleh digunakan dan kita ambil mengikut tahap unit tertentu. Apa berlaku adalah pra pendaftaran (sistem) dan sebenarnya itu data awam yang kita perolehi serta itu didaftarkan sebagai pra pendaftaran.

“Sebab itu bagi mereka yang membuat pra pendaftaran perlu mengesahkan dengan gambar swafoto, gambar kad pengenalan masing-masing, bagi mengesahkan pendaftaran berkenaan. Barulah polisi itu diaktifkan sepenuhnya.

“Apabila mereka membuat pengesahan, nama mereka termaktub, terangkum dalam sistem insurans itu. Jadi itu hanya pra pendaftaran, jika tidak berminat tidak perlu aktifkan maklumat peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman portfolio barisan exco negeri berkenaan di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Semalam, tular di media sosial mengenai dakwaan penggunaan data peribadi ramai individu, terutama di Selangor selepas mereka didaftar secara automatik dalam sistem Skim INSAN.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pihaknya akan mengarahkan pengendali sistem itu, mengetatkan atau melaksanakan proses pembaikan jika ada isu berkait pelanggaran data peribadi.

“Saya juga akan minta pihak pengendali untuk memberikan penjelasan menerusi kenyataan mengenai bagaimana akses orang awam kepada polisi yang belum sempurna.

“Kita akan memantapkan kawalan kita jika berlaku pelanggaran terhadap data maklumat,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, dakwaan pihak tertentu mengenai hasil premium data melalui Skim INSAN digunakan sebagai dana Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah tidak benar, malah berniat jahat sedangkan ia tiada kaitan dengan pilihan raya terbabit.

“Dakwaan itu berniat jahat, tiada kaitan langsung dana untuk PRN. Itu saya boleh sahkan 100 peratus atau 120 peratus,” katanya. – 23 Ogos 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related