◉ HEADLINES

LHDN beku akaun Hamzah di tengah siasatan SPRM

Siasatan kes rasuah bernilai RM15 juta

9:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membekukan akaun milik ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin kata sumber yang dekat dengan isu ini.

Seorang pemimpin kanan Bersatu mengesahkan tindakan LHDN terhadap Setiausaha Agung parti itu dan ahli keluarga terdekatnya kepada Scoop.

Bagaimanapun, apabila dihubungi, salah seorang daripada pembantu peribadi Hamzah mengelak daripada menjawab soalan mengenai perkara itu, dengan berkata “apa yang terjadi (kepada Hamzah) telah dilaporkan”.

Perkembangan ini dipercayai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Hamzah, yang telah dinamakan dalam kertas pertuduhan kes rasuah sebanyak RM15 juta melibatkan ahli perniagaan Datuk Seri Sim Choo Thiam.

Pada Jun lalu, kediamannya di Damansara telah diserbu oleh SPRM, yang turut merampas beberapa dokumen.

Dalam pada itu, sumber Bersatu telah dilaporkan berkata yang serbuan itu tidak membawa kepada sebarang bukti terhadap Hamzah.

Pada 11 Ogos lalu, Hamzah mengemukakan surat tuntutan kepada kepada Kerajaan Perpaduan kerana mengaitkannya dengan kes rasuah berkenaan.

Hamzah turut menghantar surat sama kepada SPRM dan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan, Tan Sri Azam Baki.

Dalam surat berkenaan, Hamzah menuntut pihak berkenaan untuk berhenti dengan segera daripada “bertindak mengikut cara politik partisan”, sebagai penjawat awam adalah “pelindung hak berperlembagaan rakyat” dan tidak boleh mencabulinya.

Surat tuntutan berkenaan turut mengandungi amaran jika perlanggaran berterusan, prosiding undang-undang akan dimulakan bagi menuntut pampasan ke atas sebarang kemudaratan yang dialami beliau, selain melindungi dan memulihkan reputasinya.

Menjawab tentang waktu surat itu dikeluarkan, ketika tempoh berkempen pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Hamzah menjelaskan yang beliau baru mengetahui mengenai laporan polis yang dibuat oleh Sim.

“Laporan polis itu telah dibuat pada 12 Jun, tetapi saya tidak mengetahui kandungannya,” kata Hamzah pada 11 Ogos.

“Tapi saya berazam untuk bangkit dan bersuara apabila rakyat mahu saya membetulkan kesalahan yang sedang berlaku kepada negara.

Hamzah juga mendakwa yang Sim telah menghadapi ancaman tindakan undang-undang, penahanan, dan tekanan psikologi dalam usaha untuk memaksanya mengaitkan bekas menteri dalam negeri itu dengan kes berkenaan.

Beliau juga mendakwa dirinya adalah mangsa “pendakwaan politik yang selektif” yang dirancang untuk menjatuhkan nama baiknya dan reputasi parti politiknya.

Hamzah menegaskan tindakannya didorong oleh keinginan untuk menghalang kerajaan “tidak berperikemanusiaan” daripada menimbulkan ketakutan dalam kalangan pemimpin perniagaan, pelabur asing dan orang ramai. 

Beliau menekankan bahawa matlamatnya adalah untuk menegakkan keadilan dalam negara dan membetulkan keadaan yang dianggapnya sebagai salah guna kuasa.

Pada 10 Mei, Sim telah didakwa dengan meminta RM15 juta pada Jun 2021, daripada Hep Kim Hong, pengarah urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Jumlah itu didakwa ditawarkan untuk mendapatkan sokongan Hamzah dalam mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri untuk syarikat Hep. – Ogos 23, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related