◉ HEADLINES

Umno tanding atas tiket sendiri hanya pandangan peribadi: Azalina

Pandangan berkenaan tidak mewakili pendirian rasmi Umno atau Barisan Nasional (BN) dan tidak sepatutnya menjadi isu

5:00 PM MYT

 

KOTA TINGGI – Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Azalina Othman Said  berkata pandangannya berhubung Umno bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya akan datang adalah pandangan peribadinya.

Ahli Parlimen Pengerang itu menyifatkan pandangan berkenaan tidak mewakili pendirian rasmi Umno atau Barisan Nasional (BN) dan tidak sepatutnya menjadi isu kerana itu adalah haknya sebagai ahli Umno dan tidak menjadi kesalahan baginya memberi pandangan.

“Saya tidak melihat itu sebagai pandangan rasmi Umno tetapi pandangan saya sebagai ahli Umno dan saya mewujudkan tiga senario (pada penulisan) itu, pada saya sebagai ahli Umno.

Di mana salahnya? Saya memberikan penulisan (pandangan) sebagai seorang yang sudah hendak dekat 60 tahun ini, saya mempunyai pandangan peribadi dalam politik dan itu hanyalah melambangkan pemikiran saya, juga soalan yang saya tanya pada diri saya sendiri,” kata beliau kepada pemberita di Dewan Kejora, Bandar Penawar, di sini hari ini.

Azalina berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan MIC dan MCA berhubung pandangan Azalina supaya Umno mempertimbangkan untuk bertanding sendiri pada pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Azalina melancarkan Majlis Semarak Malaysia Merdeka 66 tahun Peringkat Parlimen Pengerang di sini.

Semalam, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), menerusi Facebooknya pada Selasa lepas, mempersoalkan sama ada sudah tiba masanya Umno bertanding atas tiket Umno pada pilihan raya akan datang.

Beliau turut membangkitkan adakah parti itu pada masa akan datang masih lagi bertanding di bawah bendera BN atau pun di bawah BN dengan gabungan baharu. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related