◉ HEADLINES

Operasi kesan remaja dihanyutkan arus semasa cari kepah di Sg Lubuk Baru disambung hari ini

Remaja itu dihanyutkan arus semasa mencari kepah di sungai berkenaan pada 5.30 petang semalam

7:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi mencari seorang remaja lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, disambung hari ini.

Ia diteruskan selepas ditangguhkan pada pukul 8.30 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Polis Mohd Azahari Mukhtar dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut melibatkan mangsa Mohd Iman Daniel Azri, 14, yang beralamat di Felda Keratong 4, Rompin sekitar 5.30 petang semalam.

“Menurut maklumat daripada rakan mangsa, remaja itu dihanyutkan arus semasa mereka mencari kepah di sungai berkenaan,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Azahari memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dijalankan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related