◉ HEADLINES

Analisis Ilham Centre lompong, hanya tumpu alasan tertentu: Puad

Menurut Datuk Mohd Puad Zarkashi, masalah membelenggu Malaysia ketika ini ialah berhadapan dengan politik ketaksuban ekstrem

4:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno sedar dan akur, malah tidak menafikan parti itu semakin hilang sokongan rakyat serta orang Melayu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, bagaimanapun tidak timbul soal ‘denial syndrome’ dalam parti itu, cuma ada beberapa pihak termasuk badan penyelidikan, Ilham Centre hanya menumpukan kepada alasan tertentu dalam analisis mereka.

“Fokus mereka ialah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti letak jawatan, kononnya Umno memerlukan pengganti atau tokoh baharu.

“Tetapi, Ilham Centre tidak berani komited, jika Ahmad Zahid letak jawatan masalah akan selesai. Menurut Ilham Centre, Umno perlu perubahan total. Tidak pula dinyatakan perubahan apa?” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menurut Puad, masalah membelenggu Malaysia ketika ini ialah berhadapan dengan politik ketaksuban ekstrem.

Katanya, Umno menjadi mangsa kepada wabak bahaya ini.

“Selagi politik ketaksuban ekstrem ini tidak berubah dan terus menjadi wabak yang bahaya, bukan sahaja Umno, negara juga terancam.

“Sebab itu analisis Ilham Centre ada kelompongan. Politik mundur iaitu pendakwah suka menghukum kembali menguasai pemikiran politik masyarakat Melayu. Ia merisaukan.

“Apakah (Datuk Seri Muhammad) Sanusi (Md Nor) seorang tokoh? Sampai lepuk kepala orang dengan kertas? Dia tetap panglima perang walaupun nadir bumi hilang? Itulah taksub ekstrem tahap dewa,” katanya.

Semalam, Ilham Centre mencadangkan 10 langkah untuk merawat semula Umno yang mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos lalu.

Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis berkata, langkah pertama atau yang paling utama perlu dilakukan adalah dengan menyelesaikan masalah ketokohan yang menghimpit parti itu.

Katanya, ia kerana berdasarkan kajian yang dilakukan pihaknya jelas mendapati Umno mempunyai masalah ketokohan apabila dua kelompok dalam parti itu iaitu akar umbi dan pemimpin memberikan pertimbangan berbeza berkait usaha untuk memulihkan parti berkenaan.

Tambahnya lagi, kejatuhan Umno ketika ini jika tidak ditangani segera dikhuatiri akan mengganggu kestabilan politik untuk jangka masa panjang. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related