◉ HEADLINES

Dr Mazri tekad hapus persepsi ‘PAS parti untuk pak lebai’

Beliau berkata, punca utama isu terbabit tercetus kerana pengundi bukan Melayu tidak mendapat gambaran sebenar

12:05 PM MYT

 

MUAR – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya komited mahu menghapuskan tanggapan pengundi bukan Melayu yang melabelkan PAS hanya untuk golongan ‘pak lebai’.

Beliau berkata, polemik itu berlaku selepas ia dimainkan secara meluas pihak lawan, semata-mata mahu mewujudkan persepsi negatif terhadap PN.

Pakar bedah itu memaklumkan, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram dilihat medium terbaik untuk PN, khususnya PAS menjelaskan realiti sebenar perjuangan parti berkenaan kepada bukan Melayu di Johor.

“Punca utama perkara terbabit berlaku kerana pengundi bukan Melayu tidak mendapat gambaran sebenar selepas pihak lawan, khususnya DAP membuat tanggapan mereka yang bersama PAS hanya untuk pak lebai, golongan agama dan mempunyai pandangan ekstrem.

“Namun, sebenarnya kita terdiri dalam kalangan golongan professional, walaupun DAP selalu memberi tanggapan silap terhadap PAS dengan menjaja cerita tersebut sehingga masyarakat bukan Melayu takut kepada kita,” katanya ketika ditemui media.

Mazri berkata, beliau akan ‘menghadiahkan’ pengundi di DUN Simpang Jeram dengan perkhidmatan kesihatan percuma sekiranya diberi mandat pada 9 September depan.

Jelasnya, inisiatif terbabit dilihat dapat memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan berkenaan, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Ketika saya turun padang bertemu pengundi, kebanyakan mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan, namun disebabkan kewangan mereka tidak mengizinkan, mereka tidak mahu mendapatkan rawatan.

“Setiap pesakit yang ditemui, saya akan cuba sebaiknya meneliti apakah masalah dihadapi mereka. Sehubungan itu, saya akan menggunakan pengalaman dan kepakaran saya sebagai doktor pakar untuk membantu penduduk di Simpang Jeram,” katanya.

Selain Mazri, PRK DUN Simpang Jeram yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru turut ditandingi calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abd Rahman dan calon Bebas, S Jegananthan

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalui akibat pendarahan otak.

Allahyarham memenangi kerusi DUN Simpang Jeram sejak 2018 sebelum berjaya mempertahankannya sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Mac tahun lalu. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related