◉ HEADLINES

Pengilang padi, pemborong beras diminta tingkat bekalan 20 peratus, langkah pulih bekalan di pasaran

Menurut KPKM, harga BPT masih kekal pada harga kawalan iaitu RM2.60 sekilogram sejak 2008 dan ia merupakan harga terendah di rantau ini

1:52 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pengilang padi dan pemborong beras diminta untuk meningkatkan bekalan beras putih tempatan (BPT) sebanyak 20 peratus menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan, sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan itu di pasaran.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasrat tersebut telah dipersetujui pengilang padi dan pemborong beras dalam satu sesi libat urus pada 27 Ogos lepas, di Alor Setar, Kedah.

“Melalui Program Khas BPT ini, pihak Padiberas Nasional Bhd (Bernas) akan memberikan kuota tambahan tersebut kepada pemborong-pemborong Bumiputera untuk menambah bekalan BPT negara,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPKM, harga BPT masih kekal pada harga kawalan iaitu RM2.60 sekilogram sejak 2008 dan ia merupakan harga terendah di rantau ini.

Ia diikuti Thailand yang menjual komoditi itu pada harga RM2.70 sekilogram dan Kemboja RM3.20 sekilogram.

Menurut KPKM, Sesi Dialog Belanjawan 2024 KPKM bersama pemain industri dan pihak berkepentingan di bawah subsektor padi akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pada 7 September ini.

Sesi tersebut bertujuan mendapatkan input dan pandangan daripada pemain industri mengenai kaedah meningkatkan pengeluaran BPT.

Dari segi pemantauan terhadap komoditi itu, KPKM memaklumkan ia dijalankan secara berterusan menerusi Operasi Jamin (Op Jamin) yang diperkenalkan pada 1 Julai lepas, dengan kerjasama Kawalselia Padi dan Beras serta Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kementerian itu turut melancarkan Operasi Beras Putih (Op BPT) pada 16 Ogos lepas yang menumpukan pada pemeriksaan dan penguatkuasaan di peringkat pengilang padi dan pemborong beras di seluruh negara.

Menurut KPKM, sebarang kesalahan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), boleh menyebabkan lesen pihak terbabit dibatal atau digantung menerusi kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras. – 2 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related