◉ HEADLINES

Hadi tidak dapat beri keterangan pada Sabtu kerana ada rawatan di HSNZ

Hadi mendapatkan rawatan di hospital di Terengganu antara tiga ke empat jam menyebabkan beliau terlewat tiba di Kuala Lumpur

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang terpaksa menunda proses memberikan keterangan kepada polis pada Sabtu lalu, disebabkan beliau menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada hari berkenaan.

Rawatan berkenaan mengambil masa antara tiga hingga empat jam, menyebabkan Hadi terlewat untuk memberikan keterangan kepada polis di Kuala Lumpur dan terpaksa dijadualkan semula pada hari ini.

Setiausaha politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman ketika menjelaskan kelewatan berkenaan turut memaklumkan bahawa Hadi dalam keadaan sihat dan menafikan dakwaan bahawa presiden PAS itu cuba mengelak daripada memberikan keterangan.

Perkara itu, kata Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok telah dimaklumkan kepada polis dan temu janji lain telah diatur.

“Saya mendapat keizinan daripada Tuan Guru untuk menjelaskan perkara ini. Ada kekeliruan kata Tuan Guru dituduh mengelak dan tidak sihat. Komunikasi saya pada Bukit Aman jelas dan kenyataan dengan polis pun tidak bercanggah.

“Tuan Guru terima rawatan pada pagi Sabtu di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu dan beliau ada rawatan sekitar tiga hingga empat jam dan baharu bertolak ke Kuala Lumpur.

‘Tak timbul soal mengelak, kalau tiada rawatan tuan guru di hospital itu, maka proses beri keterangan kepada polis telah selesai pada Sabtu jam 4 petang,’’ katanya kepada media di sini, hari ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah memberikan keterangan kepada polis hari ini. – Gambar Bernama, 4 September, 2023

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang media hari ini memaklumkan kertas siasatan terhadap presiden PAS itu akan disiapkan dalam masa seminggu sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Polis pada pagi Isnin telah mengambil keterangan Hadi berhubung kenyataannya yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramah yang diadakan di markas PAS di Bakri, Muar, bulan lepas.

Keterangan itu berlangsung selama sejam dan dirakamkan seorang penyiasat daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata siasatan telah dibuka terhadap Hadi di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia. – 4 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related