◉ HEADLINES

8,000 kes kehilangan MyKad setiap tahun membimbangkan: JPN

Antara alasan paling banyak diberikan ialah salah letak yang berpunca daripada kesalahan sendiri

7:40 PM MYT

 

KUALA NERUS – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati sekitar 8,000 kes kehilangan kad pengenalan (MyKad) direkodkan di seluruh negara setiap tahun, sejak kira-kira lima tahun lepas.

Ketua Pengarah JPN Zamri Misman berkata walaupun jumlah tersebut hanya mewakili empat peratus daripada 200,000 pendaftaran MyKad setahun, kes kehilangan MyKad di negara ini tetap membimbangkan. 

“Antara alasan paling banyak diberikan ialah salah letak yang berpunca daripada kesalahan sendiri. Kadang-kadang mereka (pemilik MyKad) pergi bercuti dan tinggalkan MyKad (di merata tempat),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Telaga Daing, di sini hari ini.

Zamri berkata selain dikenakan denda hingga RM1,000, individu yang kehilangan MyKad juga berdepan risiko dokumen pengenalan diri milik mereka itu disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru, beliau menyeru masyarakat agar menjaga sebaik mungkin MyKad mereka dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya kehilangan dokumen tersebut. 

“Saya pohon sekiranya hilang MyKad segera lapor kepada polis dan datang ke JPN untuk kita bantu. Kita bimbang ada orang lain akan gunakannya nanti,” katanya.

Terdahulu dalam Program Mekar anjuran JPN  itu, warga emas Abdul Wahab Saleh, 71, yang berstatus warganegara menerima MyKad yang disampaikan sendiri oleh Zamri.

Zamri berkata Abdul Wahab yang juga orang kurang upaya (OKU) kategori lembam sebelum ini tidak pernah mempunyai MyKad, hanya memiliki sijil kelahiran bertaraf warganegara.

“Beliau (Abdul Wahab) tidak pernah berkahwin dan tiada tempat kediaman tetap serta hidup menumpang dengan saudara-mara. 

“Usaha mendapatkan kad pengenalan dibuat oleh anak saudaranya pada Mei lepas berikutan kesukaran pembiayaan kos rawatan kesihatan di hospital dan keperluan mendapatkan bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana beliau tidak mempunyai MyKad,” katanya. – 6 September, 2023

 

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related