◉ HEADLINES

Fahmi santuni pelajar, diaspora Malaysia di Korea Selatan

10:41 PM MYT

 

SEOUL – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengakhiri lawatan kerja beliau ke Korea Selatan dengan menghadiri sesi perjumpaan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di negara ini malam ini. 

Seramai 62 orang pelajar dan diaspora Malaysia serta kakitangan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara Nazarudin Ja’afar hadir pada sesi berkenaan.

Turut serta ialah delegasi 20 pegawai dari Malaysia meliputi pelbagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital.

Dalam sesi selama kira-kira tiga jam yang diikuti dengan majlis makan malam itu, Fahmi berkata beliau telah mengambil peluang menerusi perjumpaan hari ini untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa di tanah air ketika ini. 

“Saya turut buka ruang soal jawab supaya saya dapat peluang mendengar sendiri pandangan dan cadangan mereka. Gembira sekali dapat peluang menyantuni anak-anak Malaysia yang kini belajar di Korea Selatan,” katanya kepada Bernama. 

Fahmi mengadakan lawatan kerja selama lima hari bermula Selasa lepas hingga esok yang bertujuan menghadiri persidangan GSMA Mobile 360 APAC dan Policy Leaders Forum 2023 di samping mengadakan lawatan kerja ke beberapa syarikat di Korea Selatan. 

— BERNAMA

TAG: Fahmi Fadzil, lawatan kerja, Korea Selatan, diaspora

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related