◉ HEADLINES

Suhaizan menang di Pulai selepas 6 kali tewas pada pilihan raya sebelum ini

9:12 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat tidak rasmi menang selepas menewaskan Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Suhaizan memperoleh 48,283 undi, menewaskan Zulkifli yang mendapat 29,642 undi dan calon Bebas (528 undi). Suhaizan memperoleh 18,641 undi majoriti.

Dengan keputusan itu, Suhaizan yang juga bekas Speaker DUN Johor, akhirnya menang selepas tewas tujuh kali pada pilihan raya sebelum ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agong Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengulas mengenai perkara berkenaan berkata apa yang penting kemenangan itu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan dan negeri bekerjasama dengan padu di Johor.

Jelasnya, seluruh jentera BN dan PH mampu memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat dan membawa negara dan negeri ke arah kecemerlangan hingga mampu mensejahterakan kehidupan rakyat berbilang agama serta kaum.

“Terima kasih kepada rakyat Johor khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kerana berjaya membuktikan bahawa bangsa Johor punya jati diri, cara dan keistimewaan tersendiri mempertahankan prinsip kesederhanaan, progresif dan inklusif berasaskan sifat keindukkan Islam dan Melayu dalam realiti kemajmukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara tercinta ini,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. – 9 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related