◉ HEADLINES

Persidangan Tahunan DAP 2023 cipta sejarah, pelawa pemimpin BN

Steven Sim memaklumkan, selain BN, jemputan bagi menghadiri persidangan itu dihantar kepada semua parti di dalam Kerajaan Perpaduan

10:46 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecah tradisi apabila menjadi Presiden Umno pertama menghadiri Persidangan Tahunan DAP di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Perdana Menteri itu, tiba pada kira-kira jam 9.25 pagi, sebelum menerima tepukan gemuruh ribuan perwakilan.

Hadir sama, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta beberapa wakil daripada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

Ia turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan ucapan dasar yang disampaikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Acara itu turut mencipta sejarah tersendiri apabila parti terbabit buat pertama kali, menjemput rakan sekutunya daripada BN, iaitu UMNO dan MCA.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, selain BN, jemputan bagi menghadiri persidangan itu dihantar kepada semua parti di dalam Kerajaan Perpaduan. – 10 September, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related