◉ HEADLINES

BN akan terus pertahankan Kerajaan Perpaduan, kata Zahid

Ahmad Zahid memberitahu, beliau melihat kesungguhan DAP untuk mengekalkan perpaduan negara menerusi ucapan yang disampaikan Anthony Loke serta Lim Guan Eng

5:06 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus bersama mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang benar-benar mencerminkan wajah Malaysia.

Pengerusi BN itu juga berharap hubungan yang baharu terjalin antara BN dan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kerajaan Perpaduan dapat diperkukuhkan sehingga ke peringkat akar umbi.

Jelasnya, ia bagi memangkin semangat perpaduan sekali gus berupaya memimpin negara dengan memberikan khidmat terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Mendengar ucapan Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke) sebentar tadi ada menyebut Kerajaan Perpaduan adalah sebuah kerajaan yang inklusif dan mewakili seluruh rakyat Malaysia.

“Malah, demi menjaga kesejahteraan dan kemakmuran rakyat, perbezaan politik dirungkaikan dan perpaduan dijadikan asas untuk kita bersama membina semula negara, khususnya dalam membangunkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid memberitahu, beliau melihat kesungguhan DAP untuk mengekalkan perpaduan negara menerusi ucapan yang disampaikan Loke serta Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

“Ia juga diterjemahkan oleh perwakilan yang saya temui selepas saya menjejakkan kaki ke dewan perhimpunan ini di Putrajaya yang mahukan kestabilan politik untuk memangkin lebih kejayaan buat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Zahid memecah tradisi apabila menjadi Presiden Umno pertama menghadiri Persidangan Tahunan DAP yang berlangsung di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri itu tiba kira-kira jam 9.25 pagi sebelum diberi tepukan gemuruh oleh ribuan perwakilan.

Turut hadir Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Guan Eng dan ucapan dasar oleh Loke.

Persidangan Tahunan DAP 2023 mencipta sejarahnya tersendiri apabila parti itu buat pertama kalinya menjemput rakan sekutunya daripada BN yang terdiri daripada UMNO dan MCA – 10 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related