◉ HEADLINES

Tarik sokongan: Terpulang kepada Muda, tapi mengecewakan, kata Syahredzan

'Seperti yang telah diperkatakan oleh Anthony Loke hari ini, Muda harus ingat bahawa PH, khususnya DAP, telah membantu dan menyokong mereka selama ini': Syahredzan

11:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  — Hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sememang telah renggang dengan ketara malah kenyataan terbaru presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman mengenai DAP juga amat menyakitkan hati.

Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Syahredzan Johan berkata, sebelum pengumuman dibuat oleh Syed Saddiq untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan pun, parti berkenaan tidak menjadi ‘pemain pasukan’ kepada kerajaan.

Justeru, kata Syahredzan, pada akhirnya ia menjadi pilihan parti itu untuk berbuat demikian namun ia masih mengecewakan.

“Pada penghujung hari, adalah pilihan Muda untuk menarik sokongan mereka kepada Kerajaan. Tetapi ia masih mengecewakan ia sampai (tahap) ini.

“Seperti yang telah diperkatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke hari ini, Muda harus ingat bahawa PH, khususnya DAP, telah membantu dan menyokong mereka selama ini baik di dua kerusi mereka iaitu Muar dan Puteri Wangsa dan juga di tempat lain yang mereka tandingi,’’ katanya kepada Scoop.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Syed Saddiq bahawa Muda telah menarik sokongan ke atas Kerajaan Perpaduan dan akan menjadi kuasa ketiga.

Syed Saddiq memaklumkan beliau telah mengutuskan surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenainya.

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, meskipun Kerajaan Perpaduan menghormati pendirian Muda dalam isu tertentu namun mereka tidak berlaku adil terutama mengenai pembaharuan yang dilaksanakan.

Ujarnya, sedangkan dalam tempoh beberapa bulan, Parlimen telah meluluskan beberapa undang-undang progresif seperti pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri dan memansuhkan hukuman mati mandatori.

“Kerajaan juga komited kepada beberapa pembaharuan institusi lain yang akan akan dilihat dalam beberapa bulan akan datang,’’ katanya. – 10 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related