◉ HEADLINES

Rakyat Sabah, Sarawak hebat, titah Agong

Rakyat di kedua-dua negeri di Borneo itu hadir beramai-ramai untuk menyambut rombongan konvoi berkenaan

8:38 AM MYT

 

SIBU – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan rakyat di Sabah dan Sarawak sangat hebat kerana setia menunggu untuk menyambut ketibaan konvoi Kembara Kenali Borneo yang diketuai Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah sepanjang perjalanan kira-kira 1,700 kilometer dari Tawau pada 3 September lepas sehingga ke Bandar Sibu, rakyat di kedua-dua negeri di Borneo itu telah hadir beramai-ramai untuk menyambut rombongan konvoi berkenaan.

“Saya telah sampai ke Sibu hari ini rasa cukup terharu, dari hati ikhlas saya tak terkata lagi memang terbukti rakyat Borneo ini cukup-cukup hebat sekali kerana sanggup menunggu kita dengan isteri dan keluarga saya,” titah baginda semasa majlis santapan di Dewan MUC di Kampung Bandong di sini malam tadi.

Al-Sultan Abdullah bertitah baginda tidak dapat berhenti untuk bersalaman dengan semua rakyat yang menunggu di sepanjang perjalanan konvoi, namun hanya dapat memberikan lambaian kepada rakyat sebagai penghargaaan terhadap sambutan mereka.

“Begitu ramai yang menunggu tadi, kita tidak kesampaian untuk bersalam sekadar melambai sahaja. Saya harap  lambaian itu akan terus kekal dalam hati kita…dalam ingatan kita,” titah Seri Paduka Baginda. 

Majlis santapan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada masyarakat setempat di sini.

Seri Paduka Baginda berdua akan meneruskan Kembara Kenali Borneo esok dengan santapan pagi di Pasar Sentral Sibu dan melawat di sekitar pasar basah terbesar Malaysia itu, sebelum berangkat ke Sri Aman dan seterusnya ke Kuching.

Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah pada 7 September lepas sebelum memasuki Sarawak melalui Brunei.

Penjelajahan sejak 3 hingga 13 September itu, bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano di selatan Sarawak, melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – 12 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related