◉ HEADLINES

Semakan hukuman mati, penjara seumur hidup perlu difail dalam tempoh tiga bulan

Banduan boleh memilih untuk mendapatkan peguam sendiri, peguam yang dilantik oleh mahkamah (bagi kes hukuman mati) atau peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (bagi kes pemenjaraan sepanjang hayat), untuk mengendalikan prosiding semakan

4:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 1,020 banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup, perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula hukuman berkenaan dalam tempoh tiga bulan di Mahkamah Persekutuan, bermula hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Beliau berkata pemfailan notis usul dan afidavit sokongan untuk permohonan semakan, kini akan dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia kepada mahkamah dan permohonan penyemakan hukuman itu, hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

“Permohonan semakan itu boleh dilakukan secara manual atau melalui sistem e-Filing kepada mahkamah dalam tempoh 90 hari, bermula tarikh kuat kuasa Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847), pada hari ini.

“Namun, mahkamah boleh mempertimbangkan pelanjutan tempoh untuk mengemukakan permohonan semakan tertakluk kepada alasan munasabah,” katanya semasa Taklimat Pelaksanaan Proses Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di sini hari ini.

Ramkarpal berkata banduan boleh memilih untuk mendapatkan peguam sendiri, peguam yang dilantik oleh mahkamah (bagi kes hukuman mati) atau peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (bagi kes pemenjaraan sepanjang hayat), untuk mengendalikan prosiding semakan.

“Kes di Sabah dan Sarawak akan dikendalikan oleh peguam di negeri berkenaan, manakala bagi banduan bukan warganegara, Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan perbincangan serta sesi libat urus bersama kedutaan dan konsulat berkaitan,” katanya.

Ramkarpal berkata selepas pemfailan permohonan semakan itu dilakukan, penetapan tarikh dan pendengaran kes akan dibuat di hadapan panel hakim Mahkamah Persekutuan dan mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk mengekalkan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup atau menggantikannya dengan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

“Sekiranya mahkamah menolak permohonan semakan dan mengekalkan hukuman sedia ada, banduan masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan,” katanya.

Ramkarpal berkata seramai 491 banduan tempatan dan 415 banduan bukan warganegara dikenakan hukuman mati mandatori, manakala bagi hukuman pemenjaraan seumur hidup membabitkan 82 banduan wargenagara dan 32 banduan bukan warganegara. – 12 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related