◉ HEADLINES

Himpunan tidak hormati Hari Malaysia: Saifuddin

9:56 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  menyifatkan tindakan memilih tanggal 16 Sept ini untuk mengadakan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’, sebagai tidak menghormati sambutan Hari Malaysia, yang signifikan dan sarat dengan semangat saling hormat dan kepatuhan kepada undang-undang.

Beliau berkata pemilihan tarikh itu, jelas menunjukkan rasa tidak hormat terhadap amalan hidup toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.

“Mereka juga tidak menghormati kelompok daripada rakan-rakan kita di Sabah, Sarawak, yang mana tarikh itu amat penting sekali kepada mereka. Sebaiknya jangan pilih 16 Sept kerana itu tarikh sambutan Hari Malaysia,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) maklum mengenai perhimpunan itu dan akan bertindak mengikut undang-undang.

Media melaporkan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dijadualkan Sabtu ini, akan bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. – 14 September, 2023

TAG: Saifuddin Nasution, himpunan Hari Malaysia, polis

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related